Jumaat, 19 Disember 2014
French
Dengar kandungan ini
Kecilkan saiz tulisan
Besarkan saiz tulisan
Cetak

Taska


PENGENALAN

AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 [AKTA 308]

Tujuan penggubalan adalah untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas TASKA dan bagi perkara yang berkaitan dengannya demi menentukan kesejahteraan, keselamatan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak diutamakan.

DEFINASI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK

Di bawah Seksyen 2, Akta 308 “taman asuhan kanak-kanak” ertinya mana-mana premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun dari lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah.

DEFINASI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK BERDAFTAR

“taman asuhan kanak-kanak berdaftar” ertinya suatu taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah seksyen 7.

Di bawah Seksyen 6 (1) tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan dibawah peruntukan–peruntukan Akta ini.

Di bawah Seksyen 6 (2) Akta 308 memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

A. 
Kategori TASKA

Seksyen 5 Akta 308 memperuntukkan 4 kategori TASKA seperti berikut:

i. TASKA Di Rumah

  • Menerima kurang daripada 10 orang kanak-kanak untuk di jaga dalam rumah orang yang di daftarkan di bawah Seksyen 7.

ii. TASKA Di Institusi

  • Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan

iii. TASKA Di Tempat Kerja

  • Menerima  10 orang kanak-kanak atau lebih dalam  jagaan
  • Ditubuhkan di tempat kerja atau disediakan oleh majikan di suatu tempat yang sesuai untuk kemudahan kakitangan

iv. TASKA Komuniti

  • Menerima  10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
  • Ditubuhkan di suatu kawasan tertentu dan menerima bantuan daripada kerajaan persekutuan atau suatu kerajaan negeri
B.  Syarat-syarat Penubuhan TASKA

Syarat-syarat penubuhan TASKA adalah seperti berikut:

i.        berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS). TASKA di rumah dikecualikan;

ii.       memenuhi standard minimum JKM: 

          a) nisbah pengasuh dengan kanak-kanak mencukupi;

              - di bawah umur 0 tahun 1 = 1 : 3
              - 1 hingga 3 tahun              = 1 : 5
              - 3 hingga 4 tahun              = 1 : 10
              - Kanak-Kanak OKU          = 1 : 4

          b)  pengasuh merupakan warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas;

          c) pengasuh telah hadir dan lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak  KAAK);

iii.      mendapat sokongan atau kelulusan daripada agensi teknikal iaitu:

         - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
         - Jabatan Bomba dan Penyelamat;
         - Jabatan Kesihatan;

 Sebagai langkah mempermudahkan proses pendaftaran TASKA, Sijil Perakuan Pendaftaran akan dikeluarkan oleh JKM kepada pengusaha yang mematuhi standard minimum JKM dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah Akta 308

C. 
Prosedur Permohonan Pendaftaran TASKA

      Prosedur permohonan pendaftaran TASKA adalah seperti berikut:

     i.   permohonan perdaftaran dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berhampiran;

     ii.  garis panduan permohonan penubuhan TASKA boleh dibeli di mana-mana PKMD yang berhampiran dengan harga RM10.00;

     iii. permohonan pendaftaran TASKA yang lengkap akan diproses dalam tempoh 14 hari berkerja  ; (Jika permohonan lengkap semasa diterima)

     iv. bayaran pendaftaran dikenakan sebanyak RM250.00;

      v. Sijil Perakuan Pendaftaran TASKA dikeluarkan oleh Pengarah  Kebajikan Masyarakat Negeri berkenaan; dan

     vi. Senarai TASKA berdaftar di Negeri Perak boleh disemak di laman web        www.kebajikan.perak.gov.my

D.  Tindakan Undang-undang Jika TASKA Tidak Berdaftar

Mana-mana TASKA yang tidak berdaftar atau TASKA yang berdaftar tetapi tidak mematuhi standard minimum JKM adalah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan seperti berikut:

 i. Didakwa di mahkamah dan boleh:

  • didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya;
  • Bagi kesalahan kedua dan berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM 20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

ii. Pembatalan pendaftaran TASKA

iii. Dikenakan kompaun maksimum RM5,000 bagi setiap kesalahan.

iv. Arahan bertulis Ketua Pengarah

v. Perintah tutup sementara TASKA berdaftar

vi. Lak (seal) TASKA tidak berdaftar

 RUJUKAN

  • Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308]
  • Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (Pindaan) 2007 [Akta A1285]
  • Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012





Hit Kemaskini Terakhir Kongsikan Kandungan Ini
2305 20 Mac 2013
1102755
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
108
584
4157
1091111
19123
30052
1102755

Your IP: 54.227.34.0
Server Time: 2014-12-19 07:43:48
Visitors Counter